Jabatan Perdagangan (JP) Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah telah mula beroperasi pada 2 Mac 2003 yang ditadbir oleh seorang Ketua Jabatan , Penolong Ketua Jabatan dan tiga orang Ketua Program telah dipertanggungjawabkan untuk setiap kursus dalam perlaksanaan kurikulum Politeknik di JP. Kemasukan pelajar pertama adalah seramai 171 orang dengan 15 orang tenaga pengajar yang menjadi perintis pada sesi pertama tahun 2003 dan kini bilangan pelajar telah bertambah menjadi 1076 orang dan 46 orang pensyarah dari 3 kursus yang berlainan.